Dasar Privasi

PRIVASI

Aplikasi MyTulen (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk membekalkan maklumat label cakera optik yang sahih di seluruh Malaysia kepada orang awam  (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna"). Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

 

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan capaian ke Modul Pengguna di Sistem Cakera Optik (SISCO). Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

 

MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN

a) Aplikasi ini hanya memaparkan rekod yang telah sedia ada sahaja dari Sistem Cakera Optik (SISCO).

b) Data yang dipaparkan adalah seperti berikut ;

i. Nama Syarikat

ii. Tajuk Label Cakera Optik

iii. Nombor Permohonan Label Cakera Optik

 

c) Data yang dipaparkan tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

d) Data yang dipaparkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan
ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil

 

KESAN JIKA DATA TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka maklumat label cakera optik yang dipaparkan oleh Aplikasi mungkin kurang tepat atau terjejas.

 

KERAHSIAAN

Data yang dipaparkan oleh Aplikasi akan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

 

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

 

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada njmtech@kpdn.gov.my

 

Pengumuman
Tiada pengumuman pada masa ini